Entry: Kursus Intensif 2017 - Tahun Tiga dahhh Friday, January 27, 2017



Bermula dari 17 Januari yang lalu, bermulalah Kursus Intensif bagi sidang akademik 2016/2017. Tahun yang ke tiga untuk diri ini. Sebenarnya dah tahun empat, tapi disebabkan unit belum cukup, so still consider tahun tiga. Memang plan nak buat 5 tahun sebab rasa macam sesak sangat kalau kena ambil 10-12 subjek setahun T_T

Walaupun sebenarnya tengok orang lain ok jeeeeee. Siap boleh score pointer cun-cun lagiiikkk.. Hehe.

Sebenarnya tahun 2014 aku ada plan nak tangguh. Sebab tahun tu nak fokus jaga mak tengah sakit teruk. Kadang-kadang tak cukup tidur. Balik kerja pun tekejar-kejar ke hospital sebab nak tengok mak di sana. Sabtu ahad memang berkampung di hospital ja. Langsung tak leh fokus nak study apa.

Tapi, alhamdulillah, instead of tangguh, aku just kurangkan bilangan subjek sahaja. If tangguh, mungkin akan ambik masa yang lebih dari 5 tahun untuk habiskan.

Kawan-kawan seangkatan aku kebanyakan akan habis tahun nie. Geng-geng group asingment la semuanya. Stay dengan diorang dari tahun 1 sampai la sekarang. Alhamdulillah boleh ngam, walaupun masing-masing umur dah pangkat adik-adik aku je. Hihihih.

Doakan aku berjaya habiskan tahun depan ya.

Amin.


   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments