Entry: Picnic @ Junjung, Simpang Ampat Friday, January 13, 2017



Idea asal bermula dengan;

'jom kita bakar ayam nak'

Ok

Ingatkan nak buat projek membakaq di rumah sahaja. Tapi memandangkan hari tu hari Isnin, dan ramai yang cuti, maka marilah kita pergi jauhhh sikit. Yang tak dapat nak join, bapak, lokman and taufik. Yang lain semua ada. If not, memang cukup lengkap lah. Bukan selalu (ke tak pernah?) berkumpul buat aktiviti macam nie ramai-ramai.

Kalau mak ada, sure lagi meriah and dapat makan yang lagi best-best!

Ini kejadian pada 26 Disember 2016 (Isnin)



Lepas dah buka meja bulat untuk bincang tempat yang nak pergi, sebulat suara pilih, Air Terjun @ Air Puteh Junjung!.

Idak lah jauh sangat dari rumah. Dalam 15 minit jaaaa. Boleh la dari tak da.



Keluar rumah almost tengahari. Biasalah masing-masing kalau hari cuti memang liatttt nak bangun. Pagi tu lah baru nak masak, baru nak perap ayam, baru nak p beli arang and so on. Hahaha. #kelamkabut

Sampai-sampai je, geng pompuan posing dulu and geng laki hidupkan api nak bakaq ayam.





Hat yang dua orang ini memang tak boleh buat apa dah. Pantang jumpa ayaq. Masing-masing tak keruan!





Sementara api nak dihidupkan, marilah posing lagi.



Main dish for today. Selain tu ada bawak nasi, sambal telur, masak lemak labu, mash potato. Marinate ayam by yours truly. Bahan-bahan main campak-campak jer apa yang ada di rumah. Tak sempat dah nak p beli. Ayam 4 ekor kalau tak salah.





Dah la kena marinate, pastu kena jadi tukang kipas lagi. Kipas ayam tak per, jangan kipas bos sudah #tetiba. Sebenarnya kejap je pegang kipas ni. Haha. Orang lain dah berapa round dok bakaq ayam nie. #berlakonnom1



Malas nak berendam sangat sebab ayaq tak berapa mencabar #cewwahhhh. So kita ala-ala posing je sekadar dipinggiran



Alya macam biasa masih takut-takut nak berendam. Jenuh la semua orang dok pujuk-pujuk. Dah lama-lama skit baru lah berani. Tu pun kena dok pegang tangan. Kalau dok gempaq, langsung tak bergerak. Dok tang tu jalah..



#hasilbasahan

Nasib la dekat ja, so tak payah nak dok tukaq-tukaq baju sangat.





Its a wrap! Jom balik. Best sangat. Nanti plan pergi tempat lain pulak. Tiada dalam gambar, abang long and abang. Orang dok ajak ambik gambaq tak mau. If not memang dah complete set.



#marilah pulang ya anak-anak :)

Thank you semuaaaaa. Semoga famili bonding terus kekal till jannah.



   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments