Entry: Journey of #azam2016loss10kg - 11 Wednesday, January 11, 2017



Aku ni kalau berjogging memang tak pernah konsisten T______T. Kalau time rajin, hari-hari sanggup turun. Walaupun tengah banyak kerja ka apa, Sanggup balik awal, pergi tukar baju semua.

Tapi kalau mai time malas, time tak dak kerja pun sanggup cari alasan supaya tak payah p jogging. Hehehe. Kadang-kadang kalau mood tengah rajin, tetiba cuaca pulak tak berapa mengizinkan, maka dah slow down skit. Lama-lama langsung tak jogging T__T

Susah betul nak istighomah ya. Zumba lak memang dah lama tak buat. Konon nak download sendiri video buat dekat rumah pun tak jadi apa lagi. Masih laaa dok membela badan.





Ni gambar antara minggu-minggu terakhir 2016 ari tu. Aku turun jugak la jogging sebab baju dah lama terperuk dalam beg. Marilah kita berjogging.

Ini mungkin entry yang terakhir berkenaan #azam2016loss10kg. Keputusan azam 2016 aku adalah: GAGAL!

Dare to fail kekdahnya. Hahahaha. Berat aku sekarang adalah 64kg! So total yang aku berjaya kurangkan sepanjang tahun 2016, diulangi, SEPANJANG TAHUN 2016 ya, bukan sebulan, tapi 12 bulan adalah 4kg SAHAJA.

Haiyok... nangis Kevin Zahri bila dengar nie.

Malas nak ulas faktor-faktor kegagalan. Yang penting nak keep fokus supaya berat tak naik.

Walaupun dari segi angka tak banyak yang turun, tapi alhamdulillah baju banyak yang dah longgar. Seluar pun banyak yang dah kena pakai belt. So tak perlulah nak spend duit beli lain. Hehe. #byebyedesignvillage



bye bye 2016 :)



   0 comments

Leave a Comment:

Name


Homepage (optional)


Comments