Your Ad Here

Kadang-kadang mimpi | Kadang-kadang realiti

Thursday, May 17, 2012

Membebel #401

Kalau dulu masa staf tak ramai, kerja banyak macam mana pun tabah je la buat sorang-sorang... letih, stress, tension, lapar, nak marah, tak puas hati.. semua pendam je.. sebab tau kalau dok layan sangat semua perasaan tu kerja tak kan siap. P mai P mai nanti kena batang hidung sendiri jugak la nak kena buat....

Tapi sekarang nie bila dah ada ramai staf. Kerja tetap la jugak banyak. Hati mula la rasa tak puas hati. Sebab rasa macam beban tak hilang. pas tu bila dah bahagi-bahagikan kerja pun tak jalan jugak. P mai p mai kena balik tang batang hidung sendiri. Kena buat jugak kerja bahagian orang lain.

Rasa letih, stress, tension, lapar, nak marah, tak puas hati dah bertambah jadi berganda. Berganda sebab orang lain punya pasal :(

Mula rasa dengki sebab orang tu buat kerja sikit. Rehat banyak. Aku pulak masih macam dulu. kerja banyak. Nak bangun g toilet pun susah. Orang lain senang ja keluar masuk opis suka hati...

Aduhhhh.... camner la nak hilang stress kalau camnie :(

Ya Allah, kau lindungilah hati ini dari perasaan dengki yang tidak membawa manfaat. Sesungguhnya engkaulah yang Maha mengetahui lagi maha pengasih.

AMIN.




Angel's Comment

posted by angel_baik @ Thursday, May 17, 2012 08:42 am

Wednesday, May 16, 2012

Fill in the blank

Sejak ada telefon berkamera nie, apa-apa kejadian yang berlaku semua ambil gambar guna kamera ja. Tiada lagi kamera compact.

Lepas tu sudah la kamera ini tiada kabel untuk di download gambar ke pc. Makanya terpeuk lah gambar tu sehingga aku balik umah seminggu sekali yang kadang-kadang lupa nak pinjam kabel Naim untuk download gambar :(

Sudahnya gambar semua terperuk dalam tepon. Jadilah entry tidak bergambar :(

Bila sudah tiada gambar, nak berentry pun rasa macam tak sedap. Macam cerita tu tak sampai (padahal macam la ada orang peduli dengan blog nie pun kannnn)

Tapi tak kisah la...

Tujuan entry ini di tulis adalah untuk menyatakan betapa bosannya entry bila tiada gambar.

SEKIAN




Angel's Comment

posted by angel_baik @ Wednesday, May 16, 2012 03:27 pm

Thursday, May 10, 2012

Gua Tertipu

Setelah beberapa minggu diberikan 'kebenaran' untuk mani cafe world, hari nie tetiba plak aku tak leh buka!!.. haiyohh.. tension gak kot memikirkan masakan-masakan yang bakal hangit atas dapur tu nanti.

Sebelum nie memang tak leh buka. Kena block. Then satu hari tu ntah kenapa gatal tangan dok p click, tengok-tengok.. eh.. eh.. dah bleh main. Seronok tidak terperi! Berjaya menambah level samapi 201 dah sekarang. Minggu nie baru bercadang nak complete catering servis :(

Tapi ampeh... ntah apa mimpi pagi nie tak leh buka la pulak! hadoiii.. memang spoil betul...

Terus tak dak semangat nak buat kerjaaa...

Hahahahaahah




Angel's Comment

posted by angel_baik @ Thursday, May 10, 2012 08:34 am

Monday, May 07, 2012

Kejam sangat tak?

Kawan baik aku telah kehilangan ayahnya pada 2 minggu lepas.

Masa hari kematian tu memang aku tak kerja. MC. Demam and telinga bengkak. Memang tak larat nak drive keta sorang-sorang.

Then hujung minggu tu kata nak p ziarah dia. Tapi tak p gak sebab famili sibuk ajak g kenduri. So tak jadi p. Ahad tu pulak tak der sapa nak teman. Semua orang kerja. Dah la aku segan skit kalau nak g sorang-sorang.

Pas tu minggu nie pun tak jadi p lagi. Sebab bila dah lama sangat baru nak p rasa macam tak syok lak. Lagipun rasa macam akan menambahkan lagi kesedihan kawan aku tu :( Pas tu tak tau bila waktu yang sesuai nak p. Kalau p pagi rasa macam awal sangat. Kalau p petang rasa macam lewat sangat. Rumah dia memang agak jauh la gak la.. dalam sejam lebih dari rumah aku.

Sampai la hari nie kawan aku dah masuk kerja. Tadi tengahari ingat nak ajak g lunch sama. Dia puasa lak.

Still tak dapat jumpa gak lagi :(

Memang rasa bersalah giler kot. Menyesal tak p minggu lepas.

Bertuah betul sapa jadi kawan aku :(




Angel's Comment

posted by angel_baik @ Monday, May 07, 2012 03:30 pm

Thursday, May 03, 2012

Sakit Lutut

Sejak dua menjak nie, sakit di bahagian lutut makin ketara. Tak boleh nak duduk lama skit. Mula la rasa menyucuk dan sengal-sengal dibahagian pelipat kaki. Belakang lutut tu.

Semalam duduk lipat kain. Tak banyak pun. Dalam 5 pasang baju. Dan beberapa helai kain batik. Belum sempat habis dah terasa berdenyut :( Terpaksa bangun duduk atas kerusi untuk hilangkan sakit. Dah kurang baru sambung lipat kain semula.

Kenapa ye rasa sakit macam nie? Risau la plak sebab sebelum nie tak pernah jadi. Adakah kerana peningkatan usia?

Ada kaitan ke?

Sekarang nie pun tengah sakit-sakit gak. Berdenyut-denyut rasa bahagian lutut :(




Angel's Comment

posted by angel_baik @ Thursday, May 03, 2012 01:00 pm

Don't buy Vista Security
Next Page


angel_baik
Female
Marshall Islands
Blog PERIBADI
Menulis tanpa mengira HATI
Sila jangan ambik hati
Sendiri punya HATI, sediri ambik peduli
LOL!

KeretaMayat
Nurulism
Yona

Freshome
BookCafe
Definr

Web Pages referring to this page
Link to this page and get a link back!

RSS Atom
rss feed


BLOGDRIVE
TEMPLATES

Dusk


Design by Beccary